Perlawanan timbal balik untuk pusingan suku akhir Piala FA baru sahaja melabuhkan tirainya dengan Pasukan Kelantan, Felda United, Pahang dan JDT 1 telah melayakkan diri untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Namun, apa yang menjadi tumpuan ialah prestasi pengadil yang menjadi rungutan dan kritikan jurulatih pasukan yang tewas. Sudah menjadi kebiasaan bagi bola sepak di Malaysia untuk merungut apabila kalah namun kali ini saya melihat beberapa rungutan jurulatih ada logiknya apabila dikaitkan dengan prestasi pengadil semasa mengadili perlawanan. Menerusi pengamatan saya semasa menonton salah satu perlawanan suku akhir, pengadil sememangnya ada melakukan beberapa kesalahan yang ketara dan turut kurang "alert" dengan beberapa insiden lakonan pemain.
Beberapa orang jurulatih yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil tidak akan dapat mengubah keputusan perlawanan namun situasi ini seharusnya menjadi perkara yang perlu diambil berat oleh FAM untuk sentiasa memantau prestasi para pengadil yang mengadili perlawanan di Liga Malaysia. Sememangnya pengadil adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan apabila di"provokasi" oleh penonton serta para pemain namun pengadil seharusnya bersedia sepenuhnya sebelum perlawanan dan bersikap profesional apabila berada di dalam padang. Pengadil tidak harus takut untuk membuat keputusan yang adil kerana pengadil akan sentiasa diiringi oleh Polis apabila keluar daripada stadium sehingga ke Lapangan Terbang.
Saya turut tidak bersetuju dengan tindakan beberapa kelab penyokong yang melakukan perhimpunan selepas perlawanan untuk membantah keputusan pengadil kerana ianya tidak akan mengubah keputusan perlawanan. Sebaliknya, ianya hanya akan membawa tindakan tatatertib kepada persatuan negeri yang berkenaan. Saya lebih setuju sekiranya kelab penyokong bertindak lebih rasional dan menyuarakan dengan saluran yang betul seperti mengadakan perjumpaan dengan persatuan negeri untuk membuat bantahan rasmi kepada FAM. Selepas itu, pihak persatuan negeri boleh mengadakan sidang media untuk memaklumkan bantahan rasmi telah dilakukan dan secara langsung akan membuatkan FAM bertindak terhadap sebarang aduan yang dilakukan.
Apa yang perlu dilakukan oleh FAM sekarang ialah mengumpulkan semua pengadil berkelayakan yang ada dan duduk berbincang bagaimana untuk mengatasi situasi kebencian penyokong kepada pengadil yang semakin meruncing pada masa kini. Sejujurnya, meskipun saya hanya pernah menjadi pengadil semasa menuntut di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi, saya turut sedih apabila melihat pengadil yang melakukan pemeriksaan padang dan memanaskan badan diejek oleh para penyokong (mesti cacian dan makian turut berada di situ). FAM harus mengubah pandangan para penyokong yang semakin hilang kepercayaan terhadap kredibiliti FAM dalam mengendalikan sesebuah Liga Tempatan. Pendek kata, tindakan FAM haruslah seperti menarik benang yang basah, benang tak putus tepung tak tumpah. Bertindaklah FAM untuk kesejahteraan bola sepak negara kita.
Wednesday, 19 February 2014
Monday, 17 February 2014
Datuk Lee Chong Wei tiada penggantinya?? apakah tindakan selanjutnya BAM??
Arena badminton negara dikejutkan dengan pengumuman Datuk LCW yang mahu bersara pada penghujung tahun 2014 ini seandainya beliau tidak lagi mampu untuk bertanding di pentas antarabangsa. Ini pastinya tamparan yang hebat kepada BAM yang sudah pasti pada masa ini sedang sibuk mencari rencah terbaik bagi menghasilkan "the next LCW" dalam tempoh yang terdekat. Dengan harapan yang disandarkan kepada beberapa orang pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun, Mohd. Dzulfadli, Liew Darren dan Chong Wei Feng tampak belum dapat mencapai standard yang dituntut oleh peminat-peminat badminton di Malaysia, BAM perlu lebih agresif dan proaktif dalam menjalankan program akar umbi bagi mencari pengganti yang sempurna untuk tempat yang bakal ditinggalkan oleh Datuk LCW. Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan oleh BAM???
Saya pasti bahawa BAM mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan program akar umbi di peringkat sekolah, daerah, negeri malahan kebangsaan sekalipun namun persoalan yang boleh diperdebatkan di sini ialah sejauh manakah kerberkesanan program-program yang telah dijalankan sebelum ini?? Setelah jutaan ringgit dilaburkan untuk program pembangunan, rakyat malaysia pastinya mahu pulangan yang setimpal dengan jumlah wang yang telah dilaburkan oleh BAM. Bukan hendak menafikan kejayaan yang telah dikecapi oleh BAM di dalam menghasilkan pemain-pemain muda daripada program pembangunan, namun apabila pemain muda kita bertarung di pentas antarabangsa, kita jarang sekali mendapat keputusan yang memuaskan dan lebih memeritkan, kita seringkali tewas kepada musuh tradisi di dalam dunia badminton iaitu CHINA.
Apa yang perlu dirungkai sekarang ialah ramuan untuk menjadikan Malaysia kuasa badminton dunia sekali lagi.. sudah pasti staf kejurulatihan perlu dirombak sedikit sebanyak bagi menambah "perasa" di dalam corak permainan para pemain kita. BAM juga perlu sentiasa bekerjasama dengan ISN dan MSN bagi mencari formula yang mampu untuk meneruskan kesinambungan kejaguhan kita di dalam dunia badminton pada masa kini kerana saya sendiri merasakan bahawa BAM tentunya sedar dengan kebangkitan negara-negara seperti Korea Selatan dan Thailand yang semakin banyak menghasilkan para pemain yang mampu mencabar di peringkat yang lebih tinggi...
Bangkitlah wahai BAM... teruskan perjuangan kita... jangan hanya mencari pengganti Dato' LCW tetapi carilah juga pengganti bagi beregu emas dan beregu campuran negara untuk projek jangka masa panjang.
Apa yang perlu dirungkai sekarang ialah ramuan untuk menjadikan Malaysia kuasa badminton dunia sekali lagi.. sudah pasti staf kejurulatihan perlu dirombak sedikit sebanyak bagi menambah "perasa" di dalam corak permainan para pemain kita. BAM juga perlu sentiasa bekerjasama dengan ISN dan MSN bagi mencari formula yang mampu untuk meneruskan kesinambungan kejaguhan kita di dalam dunia badminton pada masa kini kerana saya sendiri merasakan bahawa BAM tentunya sedar dengan kebangkitan negara-negara seperti Korea Selatan dan Thailand yang semakin banyak menghasilkan para pemain yang mampu mencabar di peringkat yang lebih tinggi...
Bangkitlah wahai BAM... teruskan perjuangan kita... jangan hanya mencari pengganti Dato' LCW tetapi carilah juga pengganti bagi beregu emas dan beregu campuran negara untuk projek jangka masa panjang.
"samseng" bola sepak....di manakah silapnya???
Arena bola sepak negara kini digegarkan dengan isu "samseng" bola sepak ataupun "hooligan" yang semakin mendapat liputan meluas di seluruh negara. Insiden yang terbaru melibatkan penyokong JDT 1 yang bertandang ke stadium lawan menghangatkan lagi isu ini. FAM juga turut mengarahkan setiap Persatuan Negeri bekerjasama dengan PDRM untuk membendung masalah ini setiap kali perlawanan diadakan di stadium. Persoalannya, di manakah silapnya sehingga perkara ini semakin menular saban hari???
Pertama, ini semua berpunca daripada penyokong itu sendiri. Tidak saya nafikan bahawa ada kumpulan penyokong yang benar-benar mempunyai etika yang baik seperti Gallore Buceros 13 yang merupakan penyokong pasukan Liga Super Sarawak namun, apa yang hendak diperkatakan di sini ialah penyokong yang datang ke stadium dengan keadaan mabuk dan terjerit-jerit sepanjang perlawanan sehingga menganggu penonton lain yang mahu menyokong pasukan kesayangan masing-masing di dalam keadaan peminat bola sepak yang sebenar. Penulis sendiri sering mengalami situasi dimana penyokong-penyokong "talam dua muka" ini berada di stadium dan memberikan sokongan sehingga hilang suara namun apabila pasukan yang disokong ketinggalan, mereka akan mula mencaci pemain-pemain yang pada mulanya tadi mereka sokong. Tidak salah hendak mengkritik pada pemain namun harus pada cara yang betul. Kelab penyokong juga harus memainkan peranan untuk menjaga etika para penyokong mereka semasa berada di stadium kerana sebarang kekacauan yang dicetuskan sudah pasti akan mengundang padah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri itu sendiri. Penyokong yang membuat onar, Persatuan Bola Sepak Negeri yang terpaksa menanggung hukuman daripada FAM.
Kedua, mutu pengadilan turut mendorong kepada kemenjadian penyokong-penyokong "talam dua muka" ini. Tidak dinafikan bahawa pengadil cuba sedaya-upaya untuk berlaku adil kepada kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan tetapi sudah menjadi lumrah dunia, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Pengadil hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan akal fikiran sebagaimana kita juga. Tidak saya nafikan bahawa sudah beberapa kali saya menonton perlawanan bola sepak Liga Super di kaca TV dan saya turut dapat mengecam beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pengadil sepanjang perlawanan namun kebiasaannya, pengadil Malaysia cenderung untuk "cover" semula kesilapan yang dilakukan dengan memihak kepada pasukan yang silap diadilinya tadi untuk situasi-situasi yang kurang ketara kontrovesinya. Saya berharap pihak FAM akan cuba untuk menilai semula mutu pengadilan para pengadil di Malaysia agar tidak berlaku terlalu banyak provokasi oleh para penyokong terutamanya penyokong-penyokong "talam dua muka" ini.
Ketiga ialah kurangnya tindakan yang dikenakan kepada para penyokong yang sering menimbulkan kekacauan di stadium terutamanya. Para penyokong yang seringkali melakukan kekacauan haruslah difikirkan untuk tidak dibenarkan masuk oleh pihak Pengurusan persatuan bola sepak negeri. Saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan segelintir penyokong yang sering menimbulkan kekacauan yang akhirnya akan melibatkan pergaduhan sesama penyokong lain. Bola sepak seharusnya menjadi permainan yang menyeronokkan dan tidak perlu dicemarkan hanya semata-mata kerana sikap segelintir penyokong yang terlalu "taksub" dengan pasukan masing-masing.
Akhir kata, hormatilah keputusan pengadil dan terimalah apa jua keputusan dengan hati yang terbuka. Kemenangan sebenar sentiasa berpihak kepada pasukan yang tidak pernah melatah dengan apa jua provokasi luaran dan hanya fokus untuk memberikan aksi yang terbaik tanpa mengira hasilnya nanti.
MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK MALAYSIA
Ketiga ialah kurangnya tindakan yang dikenakan kepada para penyokong yang sering menimbulkan kekacauan di stadium terutamanya. Para penyokong yang seringkali melakukan kekacauan haruslah difikirkan untuk tidak dibenarkan masuk oleh pihak Pengurusan persatuan bola sepak negeri. Saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan segelintir penyokong yang sering menimbulkan kekacauan yang akhirnya akan melibatkan pergaduhan sesama penyokong lain. Bola sepak seharusnya menjadi permainan yang menyeronokkan dan tidak perlu dicemarkan hanya semata-mata kerana sikap segelintir penyokong yang terlalu "taksub" dengan pasukan masing-masing.
Akhir kata, hormatilah keputusan pengadil dan terimalah apa jua keputusan dengan hati yang terbuka. Kemenangan sebenar sentiasa berpihak kepada pasukan yang tidak pernah melatah dengan apa jua provokasi luaran dan hanya fokus untuk memberikan aksi yang terbaik tanpa mengira hasilnya nanti.
MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK MALAYSIA
Tiada pasukan pilihan di dalam Liga Super Malaysia pada tahun ini???
Isu yang dibangkitkan di dalam salah satu rancangan astro arena pada malam tadi ialah berbicara tentang pasukan pilihan di dalam liga Super Malaysia pada tahun ini. Setelah beberapa keputusan yang mengejutkan di dalam liga Super pada tahun ini, terdapat tanda-tanda bahawa tiada pasukan pilihan di dalam liga Super pada masa ini. Namun, sejauh manakah perkara ini akan berterusan?? sejauh manakah pasukan-pasukan "underdog" seperti Sarawak, Perak dan PKNS akan terus memberikan saingan kepada pasukan-pasukan yang sudah memiliki profil yang tersendiri di dalam kancah Bola Sepak Malaysia?? hanya masa akan menentukan... berjumpa lagi di entri yang akan datang...
Subscribe to:
Posts (Atom)