Arena bola sepak negara kini digegarkan dengan isu "samseng" bola sepak ataupun "hooligan" yang semakin mendapat liputan meluas di seluruh negara. Insiden yang terbaru melibatkan penyokong JDT 1 yang bertandang ke stadium lawan menghangatkan lagi isu ini. FAM juga turut mengarahkan setiap Persatuan Negeri bekerjasama dengan PDRM untuk membendung masalah ini setiap kali perlawanan diadakan di stadium. Persoalannya, di manakah silapnya sehingga perkara ini semakin menular saban hari???
Pertama, ini semua berpunca daripada penyokong itu sendiri. Tidak saya nafikan bahawa ada kumpulan penyokong yang benar-benar mempunyai etika yang baik seperti Gallore Buceros 13 yang merupakan penyokong pasukan Liga Super Sarawak namun, apa yang hendak diperkatakan di sini ialah penyokong yang datang ke stadium dengan keadaan mabuk dan terjerit-jerit sepanjang perlawanan sehingga menganggu penonton lain yang mahu menyokong pasukan kesayangan masing-masing di dalam keadaan peminat bola sepak yang sebenar. Penulis sendiri sering mengalami situasi dimana penyokong-penyokong "talam dua muka" ini berada di stadium dan memberikan sokongan sehingga hilang suara namun apabila pasukan yang disokong ketinggalan, mereka akan mula mencaci pemain-pemain yang pada mulanya tadi mereka sokong. Tidak salah hendak mengkritik pada pemain namun harus pada cara yang betul. Kelab penyokong juga harus memainkan peranan untuk menjaga etika para penyokong mereka semasa berada di stadium kerana sebarang kekacauan yang dicetuskan sudah pasti akan mengundang padah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri itu sendiri. Penyokong yang membuat onar, Persatuan Bola Sepak Negeri yang terpaksa menanggung hukuman daripada FAM.
Kedua, mutu pengadilan turut mendorong kepada kemenjadian penyokong-penyokong "talam dua muka" ini. Tidak dinafikan bahawa pengadil cuba sedaya-upaya untuk berlaku adil kepada kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan tetapi sudah menjadi lumrah dunia, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Pengadil hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan akal fikiran sebagaimana kita juga. Tidak saya nafikan bahawa sudah beberapa kali saya menonton perlawanan bola sepak Liga Super di kaca TV dan saya turut dapat mengecam beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pengadil sepanjang perlawanan namun kebiasaannya, pengadil Malaysia cenderung untuk "cover" semula kesilapan yang dilakukan dengan memihak kepada pasukan yang silap diadilinya tadi untuk situasi-situasi yang kurang ketara kontrovesinya. Saya berharap pihak FAM akan cuba untuk menilai semula mutu pengadilan para pengadil di Malaysia agar tidak berlaku terlalu banyak provokasi oleh para penyokong terutamanya penyokong-penyokong "talam dua muka" ini.
Ketiga ialah kurangnya tindakan yang dikenakan kepada para penyokong yang sering menimbulkan kekacauan di stadium terutamanya. Para penyokong yang seringkali melakukan kekacauan haruslah difikirkan untuk tidak dibenarkan masuk oleh pihak Pengurusan persatuan bola sepak negeri. Saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan segelintir penyokong yang sering menimbulkan kekacauan yang akhirnya akan melibatkan pergaduhan sesama penyokong lain. Bola sepak seharusnya menjadi permainan yang menyeronokkan dan tidak perlu dicemarkan hanya semata-mata kerana sikap segelintir penyokong yang terlalu "taksub" dengan pasukan masing-masing.
Akhir kata, hormatilah keputusan pengadil dan terimalah apa jua keputusan dengan hati yang terbuka. Kemenangan sebenar sentiasa berpihak kepada pasukan yang tidak pernah melatah dengan apa jua provokasi luaran dan hanya fokus untuk memberikan aksi yang terbaik tanpa mengira hasilnya nanti.
MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK MALAYSIA

No comments:
Post a Comment